Gold in Transit (GIT) Public Gold – Pos Emas ke Rumah

Gold in Transit ( GIT ) Public Gold

Penyimpan emas boleh dapatkan emas fizikal Public Gold dengan mudah dan cepat menggunakan kemudahan Gold In Transit (GIT).Kemudahan ini di tawarkan bermula pada 6 Julai 2018 bermula dengan akaun emas GAP dan kini di perluaskan untuk kesemua kaedah pembelian emas samaada belian terus ( full payment / easy payment ).

Kemudahan ini sangat bagus dan sesuai di zaman online , lebih-lebih lagi di musim wabak covid 19.Setiap bungkusan emas di insurans kan sehingga RM5000.Setiap bungkusan bermula 0.5gram dan di hadkan kepada maksimum 20 gram atau 5 Dinar sahaja.Item lebih dari gram tersebut kena walk in di mana-mana cawangan Public Gold.

Cas penghantaran bermula dengan RM10 menggunakan syarikat penghantaran antarabangsa.Kemudahan GIT ini sangat mudah dan berkesan untuk mendapatkan stok emas fizikal terus dari HQ Public Gold di Pulau Pinang.

Kemudahan GIT ini sangat bagus dan berbaloi untuk digunakan kerana :

  1. Menjimatkan masa kita menunggu ready stok sampai di cawangan.
  2. Menjimatkan masa dan duit minyak nak ke cawangan Public Gold.
  3. Membantu penyimpan emas yang jauh dari cawangan Public Gold untuk dapatkan stok emas fizikal.
  4. Mengurangkan risiko kena tipu dengan peniaga online (scammer) dan postage tak sampai.

Sila kongsi dengan kasih sayang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!