Sebenarnya simpan emas sama saja dengan kita buat simpanan wang dalam akaun bank. Bezanya kita simpan dalam bentuk aset emas fizikal.
Dalam bank kita simpan dalam bentuk kertas iaitu wang fiat.Wang kertas tak dapat kekalkan kuasa beli. Setiap tahun nilainya merosot disebabkan inflasi. Mudah kalau nak faham, nilai RM50 hari ini dengan 10 tahun lepas tak sama untuk beli barang kerana nilai duit jatuh.
Lima tahun akan datang pun kita tahu, nilainya akan tetap jatuh. Setuju bukan?Emas pula memang ada turun naik harga, tapi dalam jangka masa sederhana dan panjang nilainya semakin tinggi.
1. KESELAMATAN – Sedar atau tidak, wang yang kita simpan di bank akan hilang secara perlahan-lahan. Setiap kali hendak keluarkan duit, mesti akan dikenakan caj. Kadang-kadang apabila akaun bank kita tidak aktif, pihak bank akan mengambil baki wang dari akaun anda. Anda pernah alaminya?
2. SUSAH BOCOR – Terbukti menyimpan duit kertas amat susah kerana nafsu berbelanja sukar di kawal.Memang sifat duit kertas untuk di belanja manakala sifat emas untuk di simpan.
3. PERLINDUNGAN -Simpanan dalam bentuk wang fiat (syiling dan duit kertas yang kita gunakan sekarang) akan sentiasa dimamah inflasi. Setiap hari nilai duit akan menurun. Lihat sahaja nilai Ringgit yang semakin rendah berbanding Dollar sekarang. Emas pula sebaliknya kalis inflasi. Nilainya akan semakin meningkat. Ini menunjukkan kekayaan kita tidak akan berkurangan jika menyimpan emas.
4. MUDAH DICAIRKAN – Selain emas, kita juga boleh melabur dalam pasaran saham, hartanah, dan bon. Walaubagaimanapun, kesemua jenis pelaburan ini tidak mudah dicairkan. Jika pada suatu masa kita amat memerlukan duit, pelaburan jenis ini perlu mengambil masa yang panjang untuk dijual atau ditukar ke dalam bentuk wang semula. Emas pula sangat mudah dicairkan. Malah anda boleh menukarkannya dalam bentuk wang dimana saja seluruh dunia ni. Mengapa begitu? Ini kerana permintaan terhadap emas sentiasa tinggi terutamanya di kedai-kedai emas, kedai pajak gadai dan peminat emas.
5. TAHAN LAMA – Aset seperti rumah, kedai, kereta, dokumen malah wang kertas akan mudah terbakar atau rosak jika terendam di dalam air apabila berlakunya bencana alam. Jika ini berlaku, nilainya juga akan hilang. ( Emas pula bersifat kalis api dan air. Untuk pengetahuan, emas hanya akan melebur pada suhu 1083 darjah Celsius.)
6. HAK PEMILIKAN & PENGELOLAAN SENDIRI – Jika anda membeli emas, anda memperoleh jongkong emas itu serta dapat menyimpannya sendiri. Pendek kata, anda yang menguruskannya. Bukan pihak lain atau pihak ketiga. Sama ada anda menyimpannya di rumah atau di peti simpanan (safety deposit), tiada siapa yang mampu menghalang diri anda sendiri untuk mengambilnya apabila perlu. Sekiranya anda ingin memajak atau menjualnya bagi mendapatkan wang, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa. Namun, sekiranya aset anda dalam bentuk yang lain, ianya mungkin mengambil masa yg lama. Mungkin memakan masa sehingga 10 hari bekerja. Disebabkan aset lain tidak mudah dicairkan, anda mungkin mengalami kesukaran jika memerlukan wang dalam kadar segera. Lihat sahaja pada tabung insurans atau tabung KWSP anda sendiri sebagai contoh. Agak sukar untuk mengeluarkannya, walaupun ianya untuk pembiayaan ahli keluarga anda yang sedang tenat kerana memerlukan kos pembedahan atau rawatan yang segera. Pelbagai prosedur perlu diikuti. Kemungkinan besar, ada yang meninggal terlebih dahulu, nauzubillah.