Gold in Transit (GIT) Public Gold – Pos Emas ke Rumah

Gold in Transit ( GIT ) Public Gold

Penyimpan emas boleh dapatkan emas fizikal Public Gold dengan mudah dan cepat menggunakan kemudahan Gold In Transit (GIT).Kemudahan ini di tawarkan bermula pada 6 Julai 2018 bermula dengan akaun emas GAP dan kini di perluaskan untuk kesemua kaedah pembelian emas samaada belian terus ( full payment / easy payment ).

Kemudahan ini sangat bagus dan sesuai di zaman online , lebih-lebih lagi di musim wabak covid 19.Setiap bungkusan emas di insurans kan sehingga RM5000.Setiap bungkusan bermula 0.5gram dan di hadkan kepada maksimum 20 gram atau 5 Dinar sahaja.Item lebih dari gram tersebut kena walk in di mana-mana cawangan Public Gold.

Cas penghantaran bermula dengan RM10 menggunakan syarikat penghantaran antarabangsa.Kemudahan GIT ini sangat mudah dan berkesan untuk mendapatkan stok emas fizikal terus dari HQ Public Gold di Pulau Pinang.

Kemudahan GIT ini sangat bagus dan berbaloi untuk digunakan kerana :

  1. Menjimatkan masa kita menunggu ready stok sampai di cawangan.
  2. Menjimatkan masa dan duit minyak nak ke cawangan Public Gold.
  3. Membantu penyimpan emas yang jauh dari cawangan Public Gold untuk dapatkan stok emas fizikal.
  4. Mengurangkan risiko kena tipu dengan peniaga online (scammer) dan postage tak sampai.

Public Gold Disahkan Patuh Syariah Dari Penasihat Syariah Bertauliah

Public Gold Ni Patuh Syariah Tak ?

Sebagai seorang Muslim, kita wajib pastikan setiap urusniaga yang kita lakukan adalah patuh syariah termasuk membeli emas.Public Gold disahkan menjalankan aktiviti jualan dan belian emas berlandaskan hukum syarak. Public Gold menerima sijil patuh syariah dari Amanie Advisors Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar.

Public Gold Patuh Syariah Fasa 1.

Sijil patuh syariah untuk produk: (Atas) Outright Purchase, Easy Payment Purchase (EPP) dan buy back (jualan balik)

Public Gold telah menerima pengesahan patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd. bagi 3 produk iaitu :

1. Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase).

2. Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP).

3. Jualan balik (Buy Back).

Suka untuk saya menulis sesuatu berkaitan 3 produk di atas khususnya untuk warga Public Gold (kakitangan, dealer dan pelanggan) dan juga masyarakat Malaysia secara amnya agar semua orang boleh memahami pengesahan Syariah ini dan bercakap dalam bahasa yang sama.

Semua orang sedia maklum bahawa antara syarat asas bagi urusan jual beli emas ialah emas dan bayaran mesti bertukar secara LANI (spot) ketika MAJLIS AKAD. Sebarang penangguhan salah satu daripadanya akan mencetus isu riba (tidak patuh Syariah).

Tidak sukar sebenarnya untuk mengesan sesuatu urusniaga jual beli emas itu ada mengandungi unsur penangguhan atau tidak. Tetapi isu yang lebih penting sebenarnya ialah; bila dan di mana sebenarnya berlakunya akad jual beli emas supaya dapat dipastikan sebarang bentuk penangguhan itu tidak berlaku.

Untuk menjawab persoalan ini, kita memerlukan situasi yang khusus seperti 3 produk di atas kerana sesuatu hukum hakam agama itu bergantung kepada situasi dan kes tertentu serta sudut pandang bagaimana kita melihat sesuatu urusniaga itu dijalankan.

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN PENUH.

Proses utama dalam produk ini ialah :

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.

2. Pembayaran : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.

3. Pengambilan emas : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN SECARA BERPERINGKAT.

Proses utama dalam produk ini ialah :

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.

2. Pembayaran secara berperingkat : Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.

3. Pengambilan emas : Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

JUALAN BALIK.

Proses utama dalam produk ini ialah :

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk menjual emas tertentu pada harga tertentu.

2. Penyerahan emas : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk emas sebagai menandakan komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut.

3. Pembayaran melalui pindahan wang ke akaun : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Bayaran akan bertukar dengan emas (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas. – Kredit Ustaz Khairul Anuar Basri

Public Gold Patuh Syariah Fasa 2

Sijil Patuh Syariah GAP & SAP

Gold Accumulation Program ( GAP ) atau bahasa mudah akaun emas bersandarkan fizikal. Kita boleh beli emas, dan Public Gold simpankan emas untuk kita secara percuma. Bila-bila masa nak keluarkan emas tu, kita boleh keluarkan serendah 1 gram , kita boleh mula walaupun dengan bajet 1 gram.

Pada 29 September 2017, Public Gold secara rasmi mendapat pengesahan patuh shariah untuk akaun emas (GAP) dan akaun silver (SAP).

Tidak mempunyai sijil patuh syariah bukanlah bermaksud sesebuah syarikat itu tidak menjalankan urusan jual beli yang patuh syariah. Apabila sesuatu syarikat memiliki sijil patuh syariah, ianya mampu meningkatkan kredibiliti syarikat tersebut.

Panduan Pembelian Gold Accumulation Program

Panduan mudah membeli emas dengan cara Gold Accumulation Program (GAP).

Gold Accumulation Program (GAP) ada simpanan emas untuk pemula yang ingin menabung emas yang mudah membeli emas secara online dengan mudah, cepat dan selamat.

#Langkah 1

Layari website Public Gold 👉 publicgold.com.my
Login akaun dengan memasukkan no PG Code dan Password.
Jika belum mempunyai no PG Code boleh klik butang daftar dibawah posting ini.

website public gold
Layari website Public Gold
login akaun public gold
masukkan Username PG Code dan Password

#Langkah 2

  • Klik My GAP.
login menu GAP

#Langkah 3

  • Klik Go To New Site.
website gold accumulation program

#Langkah 4

  • Akan terpapar harga emas semasa.
  • Klik BUY GAP NOW.
pembelian gap

#Langkah 5

  • Masukkan jumlah pembelian dalam Ringgit Malaysia di ruang Purchase Amount atau jumlah gram emas yang ingin dibeli diruang Purchase Qty.
  • Jumlah minimum pembelian adalah RM100 atau harga emas per gram. Kalau belian lebih dari 1 gram hanya perlu darab harga per gram semasa. Tiada had limit pembelian samada bentuk Ringgit atau gram.
  • Pilih mod pembayaran Mode of Payment. Pembayaran boleh dibuat secara online banking dari mana-mana bank tempatan dengan cara FPX payment.
  • Klik Place Order untuk membuat pembayaran.
  • Jumlah gram emas yang dibeli akan berada dalam status dalam masa 3 hari bekerja.
detail pembelian gap

#Nota untuk pelanggan baru Gold ACCUMULATION PROGRAM.

Pembelian kali pertama belum ada no PG code dan kata laluan perlu berdaftar dahulu.
Pendaftaran di Public Gold adalah PERCUMA

Kemudian baru boleh login mengunakan no PG Code dan Password untuk buat pembelian.

Panduan Pembelian Emas Fizikal Outright Purchase

Ikuti panduan mudah untuk pembelian emas fizikal dengan cara Outright Purchase diwebsite Public Gold.

#Langkah 1

  • Layari website Public Gold 👉 publicgold.com.my
  • Login akaun dengan memasukkan no PG Code dan Password.
  • Jika belum mempunyai no PG Code boleh klik butang daftar dibawah posting ini.
login website public gold
Layari website Public Gold
login akaun public gold
Masukkan username PG code dan Password

#Langkah 2

  • Klik butang Order.
order emas public gold

#Langkah 3

  • Klik butang Purchase Order.
order emas public gold

#Langkah 4

  • Pilih emas fizikal yang diinginkan.
produk emas public gold
produk emas public gold

Contoh panduan posting ini kita akan memilih emas 10g.

  • Klik butang Add to Cart.
beli emas public gold
  • kuantiti emas boleh ditambah.
  • Klik butang Proceed to Next Page.
beli emas public gold

Sekarang kita akan berada diperinkat akhir pembelian.

  • Isi pilihan pembayaran, alamat penerimaan, opsyen pembayaran.
  • Pilih I Agree and Understand of the Terms & Conditions and Cancellation Policy.
  • Klik butang Send TAC untuk mendapatkan no PIN dihantar ke telefon bimbit. Masukkan no PIN yang diterima.
  • Klik Confirm and Proceed to Payment untuk proses pembayaran.
beli emas public gold

#Nota untuk pelanggan baru.

Pembelian kali pertama belum ada no PG code dan kata laluan perlu berdaftar dahulu.
Pendaftaran di Public Gold adalah PERCUMA. 

Kemudian baru boleh login mengunakan no PG Code dan Password.