Gold in Transit (GIT) Public Gold – Pos Emas ke Rumah

Gold in Transit ( GIT ) Public Gold

Penyimpan emas boleh dapatkan emas fizikal Public Gold dengan mudah dan cepat menggunakan kemudahan Gold In Transit (GIT).Kemudahan ini di tawarkan bermula pada 6 Julai 2018 bermula dengan akaun emas GAP dan kini di perluaskan untuk kesemua kaedah pembelian emas samaada belian terus ( full payment / easy payment ).

Kemudahan ini sangat bagus dan sesuai di zaman online , lebih-lebih lagi di musim wabak covid 19.Setiap bungkusan emas di insurans kan sehingga RM5000.Setiap bungkusan bermula 0.5gram dan di hadkan kepada maksimum 20 gram atau 5 Dinar sahaja.Item lebih dari gram tersebut kena walk in di mana-mana cawangan Public Gold.

Cas penghantaran bermula dengan RM10 menggunakan syarikat penghantaran antarabangsa.Kemudahan GIT ini sangat mudah dan berkesan untuk mendapatkan stok emas fizikal terus dari HQ Public Gold di Pulau Pinang.

Kemudahan GIT ini sangat bagus dan berbaloi untuk digunakan kerana :

  1. Menjimatkan masa kita menunggu ready stok sampai di cawangan.
  2. Menjimatkan masa dan duit minyak nak ke cawangan Public Gold.
  3. Membantu penyimpan emas yang jauh dari cawangan Public Gold untuk dapatkan stok emas fizikal.
  4. Mengurangkan risiko kena tipu dengan peniaga online (scammer) dan postage tak sampai.

Public Gold Disahkan Patuh Syariah Dari Penasihat Syariah Bertauliah

Public Gold Ni Patuh Syariah Tak ?

Sebagai seorang Muslim, kita wajib pastikan setiap urusniaga yang kita lakukan adalah patuh syariah termasuk membeli emas.Public Gold disahkan menjalankan aktiviti jualan dan belian emas berlandaskan hukum syarak. Public Gold menerima sijil patuh syariah dari Amanie Advisors Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar.

Public Gold Patuh Syariah Fasa 1.

Sijil patuh syariah untuk produk: (Atas) Outright Purchase, Easy Payment Purchase (EPP) dan buy back (jualan balik)

Public Gold telah menerima pengesahan patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd. bagi 3 produk iaitu :

1. Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase).

2. Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP).

3. Jualan balik (Buy Back).

Suka untuk saya menulis sesuatu berkaitan 3 produk di atas khususnya untuk warga Public Gold (kakitangan, dealer dan pelanggan) dan juga masyarakat Malaysia secara amnya agar semua orang boleh memahami pengesahan Syariah ini dan bercakap dalam bahasa yang sama.

Semua orang sedia maklum bahawa antara syarat asas bagi urusan jual beli emas ialah emas dan bayaran mesti bertukar secara LANI (spot) ketika MAJLIS AKAD. Sebarang penangguhan salah satu daripadanya akan mencetus isu riba (tidak patuh Syariah).

Tidak sukar sebenarnya untuk mengesan sesuatu urusniaga jual beli emas itu ada mengandungi unsur penangguhan atau tidak. Tetapi isu yang lebih penting sebenarnya ialah; bila dan di mana sebenarnya berlakunya akad jual beli emas supaya dapat dipastikan sebarang bentuk penangguhan itu tidak berlaku.

Untuk menjawab persoalan ini, kita memerlukan situasi yang khusus seperti 3 produk di atas kerana sesuatu hukum hakam agama itu bergantung kepada situasi dan kes tertentu serta sudut pandang bagaimana kita melihat sesuatu urusniaga itu dijalankan.

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN PENUH.

Proses utama dalam produk ini ialah :

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.

2. Pembayaran : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.

3. Pengambilan emas : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN SECARA BERPERINGKAT.

Proses utama dalam produk ini ialah :

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.

2. Pembayaran secara berperingkat : Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.

3. Pengambilan emas : Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

JUALAN BALIK.

Proses utama dalam produk ini ialah :

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk menjual emas tertentu pada harga tertentu.

2. Penyerahan emas : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk emas sebagai menandakan komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut.

3. Pembayaran melalui pindahan wang ke akaun : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Bayaran akan bertukar dengan emas (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas. โ€“ Kredit Ustaz Khairul Anuar Basri

Public Gold Patuh Syariah Fasa 2

Sijil Patuh Syariah GAP & SAP

Gold Accumulation Program ( GAP ) atau bahasa mudah akaun emas bersandarkan fizikal. Kita boleh beli emas, dan Public Gold simpankan emas untuk kita secara percuma. Bila-bila masa nak keluarkan emas tu, kita boleh keluarkan serendah 1 gram , kita boleh mula walaupun dengan bajet 1 gram.

Pada 29 September 2017, Public Gold secara rasmi mendapat pengesahan patuh shariah untuk akaun emas (GAP) dan akaun silver (SAP).

Tidak mempunyai sijil patuh syariah bukanlah bermaksud sesebuah syarikat itu tidak menjalankan urusan jual beli yang patuh syariah. Apabila sesuatu syarikat memiliki sijil patuh syariah, ianya mampu meningkatkan kredibiliti syarikat tersebut.

Panduan Pembelian Gold Accumulation Program

Panduan mudah membeli emas dengan cara Gold Accumulation Program (GAP).

Gold Accumulation Program (GAP) ada simpanan emas untuk pemula yang ingin menabung emas yang mudah membeli emas secara online dengan mudah, cepat dan selamat.

#Langkah 1

Layari website Public Gold ๐Ÿ‘‰ publicgold.com.my
Login akaun dengan memasukkan no PG Code dan Password.
Jika belum mempunyai no PG Code boleh klik butang daftar dibawah posting ini.

website public gold
Layari website Public Gold
login akaun public gold
masukkan Username PG Code dan Password

#Langkah 2

  • Klik My GAP.
login menu GAP

#Langkah 3

  • Klik Go To New Site.
website gold accumulation program

#Langkah 4

  • Akan terpapar harga emas semasa.
  • Klik BUY GAP NOW.
pembelian gap

#Langkah 5

  • Masukkan jumlah pembelian dalam Ringgit Malaysia di ruang Purchase Amount atau jumlah gram emas yang ingin dibeli diruang Purchase Qty.
  • Jumlah minimum pembelian adalah RM100 atau harga emas per gram. Kalau belian lebih dari 1 gram hanya perlu darab harga per gram semasa. Tiada had limit pembelian samada bentuk Ringgit atau gram.
  • Pilih mod pembayaran Mode of Payment. Pembayaran boleh dibuat secara online banking dari mana-mana bank tempatan dengan cara FPX payment.
  • Klik Place Order untuk membuat pembayaran.
  • Jumlah gram emas yang dibeli akan berada dalam status dalam masa 3 hari bekerja.
detail pembelian gap

#Nota untuk pelanggan baru Gold ACCUMULATION PROGRAM.

Pembelian kali pertama belum ada no PG code dan kata laluan perlu berdaftar dahulu.
Pendaftaran di Public Gold adalah PERCUMA

Kemudian baru boleh login mengunakan no PG Code dan Password untuk buat pembelian.

Hukum Jual Beli Emas Secara Online Dan Serah Dalam Akaun

Hukum Jual Beli Emas Secara Online Dan Serah Dalam Akaun?

Sebagai seorang Muslim, kita wajib pastikan setiap urusniaga yang kita lakukan adalah patuh syariah termasuk jual beli emas.Artikel ini saya ambil dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang diterbitkan pada Januari 2018.

Soalan:

Assalamualaikum. Dato Mufti, boleh saya bertanya sedikit tentang hukam jual beli emas. Hari ni adanya syarikat yg membuat jualan secara online atau akaun. Kita beli dan bayar emas, emas itu dimasukkan dalam akaun. Dan bila kita ingin keluarkn emas itu, boleh dikeluarkan di cawangan-cawangan mereka. Adakah dibolehkan? Sebab setahu saya urusan jual beli emas mesti yadan biyadin.

Jawapan:

Kami kemukakan jawapan daripada kitab Fiqh al-Manhaji (6/72):

Apabila jual beli tersebut membabitkan dua jenis barangan berunsur riba yang berlainan jenis tetapi mempunyai illah riba yang sama (contohnya kedua-duanya dalam bentuk mata wang atau makanan), jual beli ini perlu memenuhi dua syarat bagi menjadikan jual beli tersebut sah dan bersih daripada unsur riba:

  • Akad berlaku secara lani. Akad tersebut mestilah tunai atau serta-merta, yakni akad tersebut tidak menyebut tempoh tertentu bagi penyerahan mana-mana barangan walaupun untuk tempoh yang singkat.
  • Penyerahan barangan berlaku di tempat memeterai akad.

Dalam keadaan ini, kedua-dua barangan tidak perlu mempunyai kadar yang sama. Bahkan dibenarkan jual beli secupak gandum dengan dua cupak barli, atau satu gram emas dengan lima gram perak.

Akad ini dan segala proses berikutnya adalah sah. Namun dengan syarat, tidak dinyatakan sebarang tempoh tertentu bagi penyerahan barangan dan penerimaan berlaku pada ketika itu.

Dalil bagi kes ini ialah hadith daripada Ubadah RA yang dinyatakan sebelum ini:

ููŽุฅูุฐูŽุง ุงุฎู’ุชูŽู„ูŽููŽุชู’ ู‡ูŽุฐูู‡ู ุงู„ุฃูŽุตู’ู†ูŽุงูู ููŽุจููŠุนููˆุง ูƒูŽูŠู’ููŽ ุดูุฆู’ุชูู…ู’ ุฅูุฐูŽุง ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽุฏู‹ุง ุจููŠูŽุฏู

Maksudnya: โ€œJika barang-barang ini berbeza, juallah mengikut kehendak kamu selagimana ia dilakukan dengan tangan dengan tangan.โ€

Riwayat Muslim (4147)

Apa yang dimaksudkan dengan barang-barang dalam hadith ini ialah barangan berunsur riba yang dinyatakan oleh hadith-hadith dan yang seumpama dengannya. Apa yang dimaksudkan dengan berbeza dalam hadith ini ialah barangan yang digunakan sebagai bayaran dalam jual beli ini tidak sama dengan barangan yang dijual.

Apa yang dimaksudkan dengan โ€œjuallah mengikut kehendak kamuโ€ ialah kamu dibenarkan berurusniaga dengan barangan ini jika ia bukan barangan yang sama dan tidak disyaratkan barangan tersebut mestilah sama.

Timbul persoalan, apakah penyerahan barang itu mesti dibuat secara fizikal atau boleh dengan cara maya seperti melalui akaun?

Jawapannya, kami berpendapat hukum penyerahan melalui akaun boleh dianggap sebagai satu bentuk penyerahan yang diterima. Ini berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas, dan membuat keputusan, antara lain seperti berikut:

โ€œPenyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:

  • Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
  • Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.โ€

Rujuk Kompilasi Pandangan Hukum Mesyuarat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (ms. 81)

Majlis Majmaโ€™ al-Fiqh al-Islami bagi Rabitah al-Alam al-Islami kali ke-11 yang bersidang di Makkah pada tahun 19-26 Februari 1989H membincangkan isu taqabudh hakiki dan hukmi memutuskan bahawa dokumentasi transaksi dalam bentuk resit dan rekod akaun boleh diterima sebagai salah satu bentuk taqabudh yang sah dan diterima dalam Islam.

Justeru, apabila emas tersebut sudah didepositkan ke dalam akaun pembeli dan direkodkan di dalam sistem dan resit, yang mana pembeli boleh bila-bila masa, mengeluarkan emas tersebut dengan kuantiti berdasarkan dalam majlis akad atau kontrak, maka penyerahan sudah dianggap sempurna. Maka sah akad jual beli emas secara atas talian jika meraikan syarat ini.

Wallahuaโ€™lam.

Panduan Pembelian Emas Fizikal Outright Purchase

Ikuti panduan mudah untuk pembelian emas fizikal dengan cara Outright Purchase diwebsite Public Gold.

#Langkah 1

  • Layari website Public Gold ๐Ÿ‘‰ publicgold.com.my
  • Login akaun dengan memasukkan no PG Code dan Password.
  • Jika belum mempunyai no PG Code boleh klik butang daftar dibawah posting ini.
login website public gold
Layari website Public Gold
login akaun public gold
Masukkan username PG code dan Password

#Langkah 2

  • Klik butang Order.
order emas public gold

#Langkah 3

  • Klik butang Purchase Order.
order emas public gold

#Langkah 4

  • Pilih emas fizikal yang diinginkan.
produk emas public gold
produk emas public gold

Contoh panduan posting ini kita akan memilih emas 10g.

  • Klik butang Add to Cart.
beli emas public gold
  • kuantiti emas boleh ditambah.
  • Klik butang Proceed to Next Page.
beli emas public gold

Sekarang kita akan berada diperinkat akhir pembelian.

  • Isi pilihan pembayaran, alamat penerimaan, opsyen pembayaran.
  • Pilih I Agree and Understand of the Terms & Conditions and Cancellation Policy.
  • Klik butang Send TAC untuk mendapatkan no PIN dihantar ke telefon bimbit. Masukkan no PIN yang diterima.
  • Klik Confirm and Proceed to Payment untuk proses pembayaran.
beli emas public gold

#Nota untuk pelanggan baru.

Pembelian kali pertama belum ada no PG code dan kata laluan perlu berdaftar dahulu.
Pendaftaran di Public Gold adalah PERCUMA. 

Kemudian baru boleh login mengunakan no PG Code dan Password.