Panduan Buka Akaun Emas ( GAP ) Public Gold

 


Apa Itu Gold Accumulation Program (GAP) ?

    GAP tu saya nampak lebih kurang Akaun Emas yang ditawarkan KFH. Kita boleh beli emas, dan KFH simpankan emas untuk kita secara percuma. Bila-bila masa nak keluarkan emas tu, kita boleh keluarkan serendah 1 gram. Cuma kelebihan GAP, kita boleh mula walaupun dengan bajet 1 gram. Kalau KFH, belian pertama mesti 10 gram. Dan GAP kita boleh keluarkan semua emas tu. Tak perlu tinggalkan baki minimum dalam akaun sebagaimana KFH kena tinggalkan baki minimum 2 gram.
    "Kita ambik contoh DUIT.
    Duit ada dlm poket kita utk belanja dan juga ada dlm akaun bank utk simpanan kita, betul? Duit dlm poket tu adalah duit fizikal. Duit dlm bank pula adalah duit maya tetapi bila dikeluarkan, ia tetap jadi fizikal cuma bank bantu simpankan sementara utk kita je..
    Begitu jugalah dengan belian emas fizikal dan akaun emas GAP. Kita beli emas dan pegang sendiri itu dinamakan belian terus emas fizikal.
    Kita beli emas dan Public Gold bantu simpankan terus dlm peti simpanan itu dinamakan belian secara akaun GAP. Belian emas cara ini akan diconvertkan dlm bentuk akaun bagi memudahkan kita memantau jumlah belian yg telah dibuat dan dikumpul. Walaupun nampak seperti akaun emas, tetapi ia tetap dlm btk fizikal bila kita buat pengeluaran dr akaun emas GAP kita tu tadi.
    Boleh faham?
    Cara beli sahaja yang berbeza, tetapi outputnya tetap sama iaitu SEMUANYA ADALAH EMAS FIZIKAL!
    Saya amat suka dengan belian secara akaun emas GAP. Kenapa?
    Sebab utama adalah saya boleh buat belian secara sikit2, ansur2, kadang2, jarang2 dan dpt disimpan terus dlm btk akaun. Yang paling best adalah KADAR SPREADNYA FLOATING IKUT JUMLAH GRAM TERKUMPUL.
    Cthnya: Katakan saya mula simpan 1gram emas, spreadnya 8%, then tambah pun tambah punya tambah jadilah 20gram, maka spread emas saya sudah berkurang kpd 7%. Dan sehinggalah tersimpan sebanyak 250g, spread emas saya terus mengecil menjadi 4.5%. MAKIN KECIL SPREAD MAKIN CEPAT SAYA DAPAT UNTUNG!"

    Kemudahan GAP Public Gold

  1. Secara ringkasnya, ini kemudahan GAP Public Gold untuk penyimpan emas:
  2. Boleh beli emas ketulenan 999.9 dengan bajet minimum 1 gram ( tiada komitmen nak beli/jual – boleh ikut kemampuan/masa anda ).
  3. Simpan emas dengan Public Gold secara percuma! Tiada yuran simpanan dikenakan.
  4. Boleh tambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram pada bila-bila masa.
  5. Boleh keluarkan emas fizikal (gold bar 999.9) serendah 1 gram di mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia tanpa had.
  6. Tiada syarat wajib tinggalkan baki minimum. Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa.
  7. Uruniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online.
  8. Setiap pengeluaran emas fizikal di cawangan luar Penang akan dikenakan caj “transportation cost” sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. Kalau tak keluarkan emas tu secara fizikal, tak ada transportion cost dikenakan.

    Siapa Yang Bermanfaat Dengan GAP?

  1. Nak beli emas kali pertama tapi ada perasaan takut kena tipu.
  2. Kaki boros tak mampu nak disiplinkan diri menyimpan setiap bulan.
  3. Nak mulakan simpanan emas, tapi bajet kecil.
  4. Nak simpan emas, tapi risau nak simpan sendiri.
  5. Nak beli emas Public Gold, tapi menetap di overseas atau tinggal di tempat yang jauh dari pejabat Public Gold.
  6. Nak beli emas secara konsisten dengan bajet sekitar RM150 – RM200 sebulan. Mungkin boleh jadi alternatif simpanan masa depan anak-anak dengan bajet RM150 – RM200 sebulan setiap anak.


LANGKAH 1 : Bank-in Duit Ke Akaun Public Gold
Bank-in ke 5071-3410-4563 (Maybank) atau 3167-52-0833 (Public Bank) atas nama “PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD”.

Berapa banyak kena bank-in?
Sebelum bank in, semak dulu harga per gram di website Public Gold ( Lihat Harga Gold Accumulation Program ). Harga emas ( GAP ) dikemaskini jam 12.00 malam setiap hari. Kalau nak bank-in duit hari ni, kena bayar ikut harga hari ni. Kalau nak bank-in esok, kena bayar ikut harga esok. Jangan bank-in lebih!


LANGKAH 2 : Email Slip Bayaran

Emailkan slip bayaran ke gap@publicgold.com.my.Dalam email tu, letakkan maklumat anda supaya Public Gold dapat sahkan pembayaran. Contoh emailkan maklumat di bawah bersama dengan slip bayaran:

Nama : Sabri Ahmad (nama penuh)
No IC : 800328-11-2020 (no. ic / no pasport )
No HP : 010-7890916 (no. telefon)
Email : support@emaskini.com (email)
Item : GAP 1 Gram
Introducer : Sabri Ahmad / PG000428 ( maklumat introducer )

Kalau anda nak letak saya sebagai introducer, cc kan email tu kepada support@emaskini.com supaya senang saya bantu kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold nanti.


LANGKAH 3 : Simpan GAP Statement dan Slip Bayaran.
Dalam masa 48 jam hari bekerja, Public Gold akan emailkan penyata GAP berserta no akaun pengenalan diri ( PGKod ) untuk tujuan login di website dan sebarang urusan akan datang. Simpan penyata ni baik-baik bersama dengan resit bayaran original untuk rekod.

Untuk keluarkan emas fizikal tersebut , call cawangan yang berdekatan dan bagitau bila nak keluarkan emas tersebut.

Mudahkan mempunyai simpanan emas setiap bulan.Sebarang masalah boleh komen dibawah atau hubungi saya.Masih ragu-ragu untuk buka akaun emas , saya boleh tolong uruskan buat kali pertama dan proses seterusnya akan di ajar sebaik mungkin.InshaAllah.

Sabri Ahmad
Master Dealer Public Gold ( PG000428 )
010-7890916 ( Call/SMS/WhatsApp )
Panduan Buka Akaun Emas ( GAP ) Public Gold 4.5 5 Sabri Ahmad Apa Itu Gold Accumulation Program (GAP) ? GAP tu saya nampak lebih kurang Akaun Emas yang ditawarkan KFH. Kita boleh beli emas, dan KF...


Back to top
Public Gold di Facebook

×